Cermin

Mengadu kepada yang tak peduli
hanya mengundang rasa menikam.
pengharapan yang bergulung
semat untuk menaruh kepercayaan
namun,
itu tak hadir disetiap sulam bibir.

lihat pada cermin!tegasnya,
terkumat kamit menyumpah pada peminta pendapat.
Hanya dirimu sahaja mampu mengubah nasib sialmu!
dia mencela, penuh semangat, berdendam atas khilaf dahulu.

kita berbeza. . .


Kita punya dahi,
Tanah,
Untuk mengadu pada Tuhan.
yang bersumpah dengan masa

Mengeluh atas dangkalnya kita
letihnya jasad,
sayunya hati,
berharap, insan yang ku lihat didalam cermin itu, mengubah dirinya.

Comments

Popular Posts