ULASAN BUKU
Assalamualaikum,
Harini topik dibuka secara lebih meluas Dan lebih intelektual.. Topik berkenaan ulasan buku. Buku² yang diulas semuanya 100% di atas pemahaman sendiri Dan kesemua ulasan tersebut lebih terarah kepada isi dan intipati buku tersebut..
Harini topik dibuka secara lebih meluas Dan lebih intelektual.. Topik berkenaan ulasan buku. Buku² yang diulas semuanya 100% di atas pemahaman sendiri Dan kesemua ulasan tersebut lebih terarah kepada isi dan intipati buku tersebut..
Harini, saya berminat untuk mengulas buku yang diterbitkan oleh sebuah publisher yang agak baru di Malaysia ni, Puteh Press.. Banyak buku² yang diterbitkan adalah catatan mahupun jurnal Dan lebih bersifatkan luahan individu..(konfom²la buku ni adalah luahan individu?)
Buku² yang diterbitkan oleh Puteh Press
Salah satu buku yang diterbitkan oleh Puteh Press ni penulisnya adalah Mat Luthfi.. Mat Luthfi atau nama sebenarnya Muhammad Luthfi Bin Rohime merupakan seorang vlogger dari Malaysia. Beliau dilahirkan di Kedah pada 1990 di Kedah. Beliau mempunyai saluran YouTube nya sendiri dan saluran youtubenya disenaraikan antara 10 saluran Youtube paling popular di Malaysia pada tahun 2012. Beliau juga mempunyai ijazah Dari luar negara..
Kisah 25 Filsuf Barat
Sebelum ni Dia dah tulis beberapa buah buku seperti Catatan Mat Luthfi Dan Kali ni pula, beliau telah mengeluarkan buku yang seterusnya, Kisah 25 Filsuf Barat. Buku ni berkaitan dengan tokoh pioneer kepada ilmu falsalfah, matematik, saints Dan pelbagai ilmu lain... Semacam Socrates, Sofis, Epikurus, Pascal dan ramai lagi tokoh falsalfah yang lain. Buku ni juga mengulas lanjut kehidupan tokoh² Ini dengan gaya bahasa yang sesuai dengan taraf pemikiran masyarakat kita. Buku ni juga sesuai untuk golongan yang nak tahu apa itu falsalfah dengan kata yang lebih mudah. Buku Ini juga menggarapkan kisah hidup tokoh tersebut.. Ada tokoh falsalfah dizaman tersebut disanjung, Ada juga diseksa kerana bercanggah pendapat dengan golongan gereja mahupun Norma masyarakat aristokrat pada masa itu.. Buku Ini juga membincangkan idea² yang dikemukakan oleh tokoh falsalfah tersebut.. Semacam pembaharuan masyarakat oleh Plato, dan pelbagai lagi
Untuk korang² yang nak bacaan yang berat tetapi di sampaikan melalui gaya bahasa yang cermat, buku ni boleh dicadangkan..
Comments
Post a Comment