Kudrat

Andai aku kumpul segala kudrat
Mungkin sudah mampu aku angkat
Bangunan dengan puluhan tingkat
Tanpa lelah walau perlu sejuta keringat
.
Taufan yang mengoncang raga
Resah yang melanda jiwa
Gemuruh yang menyesak rasa
Buat aku termangu leka
Tekun mencari sebuah cerita
Yang nyata hilang tanpa tanda
.
Dan aku cuba berlari
Tanpa rasa ingin berhenti
Tidak mahu ambil peduli
Cuba lari dari realiti
Berharap yang indah seperti fantasi
Walau sekejap seperti sebuah mimpi
Tapi apa yang aku temui
Hanya jalan yang membuat aku berpatah kembali
.
Perjalanan semakin membuntu
Aku hilang aku yang dulu
Semakin mudah memaaf tanpa rayu
Memberi peluang pada yang tak perlu
Pengakhiran jalan yang terluka cumalah aku
Dan kesempatan orang untuk jadikan aku begitu
.
Semoga taufan ini berhenti
Kerana sudah lelah hadapi
Kemarau rasa dalam hati
Berharap ia mekar kembali
Seperti dulu yang penuh warna warni
Disiram cahaya mentari
Tanpa perlu menoleh lagi
Kerana simpati buat aku jadi
Seperti mana aku hari ini

Comments

Popular Posts