Penutup Kata

Penghujungnya dah tiba
Atas berkat dari YANG ESA
Buat keluarga yang tercinta
Ini semua buat mereka
Sampai waktu aku balas segala
Semoga ada izin dariNYA
Akan aku jaga semua
Hingga sampai hujung nyawa
Walau aku diduga yang tak terduga
Aku ikhlas menerima kerana percaya
Ini semua tanda sayang DIA
Buat hambanya ini yang kadang terleka
Atas dunia yang hanya sementara
Bila sedikit nikmat ditarik olehNya
Baru kenal erti sesalan tak berguna
Kesembuhan ini juga datang dari DIA
Syukur yang tak mampu diucap dengan kata
Dipermudahkan hingga penamatnya
Ini semua kebesaran cinta DIA
Tapi silap aku dulu menjadi manusia
Yang mengharap atas manusia
Buat aku lupa cinta mana yang lebih berkuasa
Cinta mana yang kekal selamanya
Ayah mak ini je yang long ada
Untuk bagi ayah mak bangga
long sayang ayah mak 
Sampai long tutup mata
Dan sampai bila-bila

Comments

Popular Posts